Monday 28 February 2011





TAJUK:
Masjid Jamek Sungai Duri.

DISEDIAKAN UNTUK:
Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah CTU551

DISEDIAKAN OLEH:
Roshidah binti Omar
No matrik: 2010280876
Kumpulan: BMB2Bb

PROGRAM:
Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan (Kepujian) (Kewangan)
BM222

TARIKH HANTAR:
02 Mac 2011





ISI KANDUNGAN

TAJUK:
Masjid Jamek Sungai Duri

1.      Isi kandungan
2.      Abstrak
3.      Pendahuluan
4.      Konsep
5.      Cara menghormati masjid
6.      Latar belakang dan sejarah masjid
7.      Aktiviti yang diadakan di masjid
8.      Masalah yang dihadapi oleh masjid
9.      Penyelesaian yang diambil
10.  Penutup
11.  Bibliografi

  
ABSTRAK
          Masjid merupakan tempat yang paling suci dan mulia bagi umat Islam untuk beribadah kepada Allah Subhanahu wata’ala. Sebagai umat Islam, kita seharusnya selalu mengunjungi rumah Allah kerana disitu lah kita boleh memperoleh keredhaanNya. Masjid adalah tempat yang berbeza daripada surau dan juga rumah. Ini kerana di masjid terdapat pelbagai kemudahan yang boleh digunakan untuk melaksanakan ibadah kepada Allah. Contohnya disediakan telekung, al-Quran, dan tempat sembahyang yang selesa.Dalam tugasan ini, saya telah memilih institusi masjid sebagai tajuk tugasan saya. Masjid yang telah saya pilih ialah Masjid Jamek Sungai Duri yang terletak di Nibong Tebal, Pulau Pinang. Masjid ini terkenal dalam kampung Sungai Duri dan juga kampong yang berhampiran iaitu Kampung Sungai Baong, Kampung Sungai Rambai dan Kampung Relau.  Saya telah mengenalpasti dan mengetahui tentang masalah yang dihadapi dan jalan penyelesaian yang diambil oleh pihak Masjid Jamek Sungai Duri. Kesimpulannya, Masjid Jamek Sungai Duri merupakan salah satu tempat untuk mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan penduduk kampung Sungai Duri dan kampung yang berdekatan dengan masjid tersebut.
              



PENDAHULUAN
            Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Bismillahirahmanirrahim. Alhamdulillahirabilalamin. Bersyukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah dan kurniaNya dapat juga saya menyiapkan tugasan ini. Saya menulis esei ini bertujuan untuk  menerangkan dan menceritakan serba sedikit tentang masjid yang telah dipilih sebagai tajuk tugasan saya iaitu Masjid Jamek Sungai Duri. Tugasan ini merangkumi latar belakang masjid, kemudahan yang disediakan, aktiviti yang dijalankan, masalah dan jalan penyelesaian yang diambil untuk membendung masalah yang dihadapi masjid. Dengan harapan institusi masjid dapat dimanfaatkan dengan sebaik mungkin bukan sahaja dari segi keagamaan malah dalam bidang lain juga.   
            Institusi masjid juga dapat mengeratkan silaturrahim dalam kalangan penduduk kampung di samping dapat menambahkan amal ibadat.







KONSEP
            Masjid berasal daripada perkataan Arab "sa-ja-da" yang bermaksud sujud iaitu perbuatan di mana umat Islam meletakkan dahi yang mulia ke posisi yang paling rendah, separas dengan tapak kaki tempat berdiri. Maksud sujud disini ialah menyembah Allah s.w.t. Jadi masjid ialah rumah tempat menyembah Allah s.w.t. atau rumah Allah (Baitullah). Rumah Allah yang paling utama ialah Baitullah al-Haram iaitu Kaabah di Makkah al-Mukarramah. Disebut Baitullah al-Haram kerana diharamkan berperang di dalam masjid. Baitullah juga menjadi kiblat umat islam, iaitu arah menghadapkan muka dan dada ketika mengerjakan solat.
            Dalam enakmen pentadbiran agama islam, seksyen 86 yang menyatakan bahawa
1)         Masjid boleh pada bila-bila masa-
(a)        Membenarkan sesuatu bangunan didirikan untuk digunakan sebagai masjid;
(b)        Membenarkan penggunaan mana-mana bangunan sebagai masjid; atau
(c)        Menetapkan mana-mana surau, madrasah atau bangunan lain menjadi masjid
2)         Majlis tidak boleh memberikan kebenarannya atau membuat penetapan dalam di bawah suseksyen (1) melainkan jika tapak bangunan yang hendak digunakan sebagai masjid itu telah dijadikan wakaf yang berkekalan.
3)         Masjlis boleh, melalui pemberitahuan dalam Warta menentukan atau mengubah sempadan mana-mana kariah masjid.

           
Masjid adalah sebuah bangunan yang dikhaskan untuk melakukan amal ibadat kepada Allah Subhanahu Wata’ala, dan ia merupakan tempat yang mulia dan suci  dalam Islam. Selain dari menjadi lambang kepada syiar Islam, masjid juga sebagai pusat bagi mengembangkan ajaran-ajaran Islam, pusat perhimpunan yang menyatupadukan umat Islam kerana di dalamnya umat Islam dapat beribadat dengan lebih khusyuk dan tawaduk, dapat mengerjakan sembahyang berjemaah, memperolehi ilmu pengetahuan dan dapat menerima nasihat dan pengajaran demi untuk kebaikan dan kesejahteraan mereka di dunia dan di akhirat.
Justeru itulah usaha yang mula-mula sekali dibuat oleh Rasulullah s.a.w. semasa baginda berhijrah ke Madinah al-Munawwarah, ialah mendirikan masjid Quba', iaitu sebuah masjid yang disifatkan oleh Allah di dalam Al-Quran sebagai masjid yang didirikan atas dasar takwa.
Firman Allah, 
Ertinya, sesungguhnya masjid yang didirikan atas dasar takwa semenjak mula-mula dibina adalah lebih patut engkau mendirikan sembahyang di dalamnya. Di dalam masjid itu terdapat beberapa orang lelaki yang suka supaya dirinya bersih, sedang Allah kasih  kepada orang yang bersih.
            Memandangkan kepada pentingnya pembinaan  masjid dalam perkembangan agama Islam Rasulullah telah menggalakkan umatnya supaya mendirikan masjid di mana sahaja mereka berkampung, sebagaimana yang diterangkan di dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Saidatina Aishah Radiallahu Anha, katanya ;
Etinya ;Rasulullah s.a.w. telah menyuruh umatnya mendirikan masjid di tempat-tempat perkampungan dan hendaklah sentiasa dibersihkan dan diharumkan
( Ahmad dan Abu daud dan Al-Tarmizi )

CARA MENGHORMATI MASJID
            Setiap orang Islam yang mendampingi rumah-rumah Allah ( masjid ) hendaklah menjaga kehormatan dan kesuciannya sebagaimana yang telah ditunjukkan oleh Nabi Muhammad di dalam sabdanya ;
Ertinya ;
"Apabila seseorang dari kamu masuk ke masjid maka janganlah terus duduk sehingga ia mengerjakan dua rakaat ( tahiyatul masjid )
Ertinya ;
"Dari Abi Qatadah radiallahu Anhu bahawa Rasulullah Sallallahu 'alaihi Wasallam telah bersabda, "Apabila seseorang dari kalangan kamu masuk ke masjid, hendaklah ia mengerjakan sembahyang dua rakaat ( tahiyatulk masjid ) sebelum ia duduk
Ertinya ;
Dari Abu Hurairah Radiallahu Anhu berkata, Rasulullah Sallallahu 'alaihi Wasallam bersabda "Dan tidak berhimpun sesuatu kaum dalam sebuah rumah ( masjid ) dari rumah Allah sedang mereka membaca kitab Allah serta mereka mempelajari kandungan isinya, melainkan mereka dilingkungi oleh para malaikat ( pembawa rahmat ) dan turun mereka semangat tenang dan tenteram serta mereka diliputi oleh limpahan rahmat. Dan  juga mereka dipuji oleh Allah Taala dalam kalangan ( malaikat-malaikat ) yang ada di sisinya".
Di antara amal-amal baik bagi memakmurkan masjid ialah beriktikaf di dalamnya. Beriktikaf di masjid ertinya duduk di masjid dalam suatu masa yang tertentu untuk mengerjakan amal bakti kepada Allah Subhanahu Wata'ala  Dalam masa beriktikaf itu hendaklah diisi dengan mengerjakan sembahyang sunat, membaca A--Quran, berzikir ( tasbih, tahmid dan tahlil ), beristighfar, berselawat atas Nabi s.a.w., berdoa dan lain-lain lagi dari amal-amal bakti yang mendampingkan diri seseorang makhluk kepada Allah s.w.t. yang telah menciptanya dan mencipta sekalian alam serta mentadbirkannya.
Amalan beriktikaf  itu telah disyariatkan oleh Allah Taala semenjak zaman nabi-nabi yang telah lalu sebagaimana yang diterangkan di dalam Al-Quran
Ertinya ;
Dan ingatlah ketika kami jadikan Baitullah ( Kaabah ) sebagai tempat manusia berulang alik ( tempat berziarah ) dengan aman dan sentosa. Sebab itu ambillah ( jadikanlah ) olehmu akan makam nabi Ibrahim itu sebagai tempat sembahyang. Dan kami perintahkan kepada Nabi Ibrahim dan ismail supaya kedua-duanya membersihkan rumahku ( kaabah ) untuk orang-orang yang tawaf dan untuk orang-orang yang iktikaf, juga untuk orang-orang yang ruku dan sujud  ( surah Al-Baqarah : 125 )
Hukum beriktikaf di masjid ialah Sunat Muakkad  pada tiap-tiap waktu dan lebih afdhal lagi pada 10 malam  yang akhir dari bulan Ramadhan untuk menunggu malam lailatul Qadar, tetapi jika seseorang itu bernazar untuk beriktikaf di masjid dalam satu-satu masa yang tertentu maka hukumnya adalah wajib.


LATAR BELAKANG MASJID.
            Masjid yang telah dipilih ini dipanggil sebagai Masjid Jamek Sungai Duri. Masjid ini terletak di daerah Nibong Tebal, Pulau Pinang. Masjid ini mempunyai empat orang imam antaranya ialah Ustaz Lufti bin Md Yusof dan Ustaz Hassan bin Abdullah. Selain itu, masjid ini juga mempunyai tiga orang bilal dan dua orang siak yang menjalankan tugas secara bergilir-gilir.
            Sejarah yang pernah berlaku berkaitan masjid ini ialah pada awal penubuhan masjid adanya masalah politik. Keadaan ini terjadi kerana terdapat juga sebuah masjid lama yang terletak berhampiran dengan masjid ini. Penduduk  kampung tidak bercampur gaul dan berpecah belah disebabkan lebih mementingkan isu politik. Alhamdulillah masa dan keadaan telah berjaya memulihkan situasi ini.
            Dari segi kemudahan yang disediakan, masjid ini mempunyai kemudahan yang mencukupi untuk kegunaan orang ramai. Antara kemudahan yang dapat digunakan dalam masjid ialah sejadah, al-Quran dan yasin, telekung, pinggan dan mangkuk untuk digunakan sekiranya diadakan kenduri di masjid. Selain itu, keistimewaan masjid ini ialah tempat mengambil wuduk atau air sembahyang yang luas dan boleh memuatkan ramai orang dalam satu masa.
 

AKTIVITI
            Masjid Jamek Sungai Duri ini mengadakan solat fardu secara berjemaah pada setiap hari dan  bacaan yassin pada setiap malam iaitu selepas solat maghrib. Kuliah subuh dan maghrib juga diadakan pada setiap hari dan penyampai kuliah atau ceramah adalah berbeza mengikut jadual yang telah ditetapkan. Pada bulan ramadhan pula, masjid menganjurkan majlis berbuka puasa dan solat tarawih berjemaah serta diadakan sedikit jamuan moreh selepas selesai solat tarawih.
            Di samping itu, pada hari raya Aidiladha masjid mengadakan korban untuk orang kampung. Daging-daging korban akan diagihkan kepada penduduk kampung yang kurang berkemampuan dan layak menerimanya. Selain itu juga, masjid mengadakan kenduri sempena sambutan Maulidur Rasul dan para penduduk kampong akan bergotong royong memasak. Ini sekaligus dapat mengeratkan hubungan silaturahim dan memupuk semangat bekerjasama antara satu sama lain.
            Aktiviti lain yang dianjurkan di masjid ini ialah pertandingan tilawah al-Quran. Pertandingan ini terbuka kepada sesiapa sahaja yang berminat dan terbahagi kepada dua kategori iaitu lelaki dan perempuan. Majlis khatan secara beramai-ramai juga pernah dianjurkan oleh masjid ini yang selalunya dilakukan pada musim cuti sekolah. Bayaran yang berpatutan akan dikenakan kepada setiap individu.
            Selain itu, sebagai masyarakat Islam yang menghormati dan menghargai hari asyura yang jatuh pada 10 Muharam dalam kelendar Islam, penduduk kampong akan bergotong royong menyediakan bubur asyura dan diagihkan kepada penduduk kampong.


MASALAH
            Institusi masjid ini mempunyai masalah-masalah yang telah dikenal pasti. Masalah pertama yang dihadapi oleh masjid ialah masalah kehilangan selipar ketika solat berjemaah. Ini disebabkan oleh kekurangan rak kasut yang telah disediakan. Selain itu, para Jemaah tidak dapat beribadah dengan khusyuk dan tenang kerana keadaan yang bising dengan suara kanak-kanak yang datang ke masjid bersama-sama ibubapa dan juga disebabkan masjid ini berhampiran dengan jalan raya.
             Masalah yang paling penting ialah kekurangan anak-anak muda yang datang berjemaah di masjid ini pada setiap solat fardu terutamanya dalam solat subuh. Kebanyakan jemaah hanya terdiri daripada ahli jawatan kuasa masjid dan orang-orang yang berumur.
            Mengenai orang-orang perempuan yang mengunjungi ke masjid, Abu Hurairah radiallahu Anhu berkata,
Rasulullah s.a.w. telah  bersabda "Janganlah kamu melarang perempuan hamba Allah pergi ke masjid-masjid Allah dan hendaklah mereka keluar ( dari rumah mereka ) dengan memakai pakaian yang sederhana dan tidak pula memakai bau-bauan.
Walaupun orang-orang perempuan tidak dilarang mengunjungi masjid-masjid Allah dengan syarat mereka memakai pakaian yang sopan dan tidak memakai bau-bauan tetapi dalam sebuah hadis yang lain ( riwayat Imam Ahmad dan Al tabrani ) bahawa semasa baginda menjawab pertanyaan Ummu Humaid baginda bersabda ;
            "Dan  ( sebagai seorang perempuan maka ) sembahyangmu dalam bilikmu lebih baik bagimu daripada sembahyangmu di masjid-masjid kampungmu ".





PENYELESAIAN
            Pihak masjid telah mengambil langkah-langkah yang berkesan untuk menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi oleh masjid. Bagi menyelesaikan masalah kehilangan selipar, pihak masjid telah menyediakan rak kasut pada setiap pintu masuk masjid untuk kemudahan jemaah.
            Penyelesaian yang diambil untuk masalah bising di masjid, ibubapa dinasihatkan untuk tidak membawa kanak-kanak yang berumur tujuh tahun kebawah untuk menghormati jemaah lain dan aktiviti yang dijalankan.
            Disamping itu, bagi menghadapi masalah kekurangan anak-anak muda yang datang berjemaah di masjid, pihak masjid telah mengadakan aktiviti yang bersesuaian dan dapat menarik minat anak-anak muda untuk turut serta berjemaah.
           
Dari al-Qasim bin Muhammad, katanya: berkata Aisyah r.a:
Rasulullah s.a.w. telah bersabda kepadaku “Unjukkan aku tikar sembahyang (sejadah) daripada masjid. Kataku bahawasanya aku dalam keadaan haid. Sabda Rasulullah s.a.w: bahawa haidmu tiada pada tanganmu”.
Nabi s.a.w. sedang beri’tikaf di dalam masjid meminta Siti Aisyah r.aunjuk tikar daun tamar, lapik sembahyang, Siti Aisyah r.a kata ia dalam keadaan haid dan tahu haram masuk masjid, maka bagaimana hendak unjuk tikar kepada Rasulullah s.a.w. Rasulullah s.a.w bersabda bahawa haidmu itu bukannya pada tanganmu, maka apa salahnya engkau mengunjukkan dari luar masjid dan Rasulullah s.a.w di dalamnyabahkan jangan dengan badan kamu masuk masjid maka tiadalah berdosa kamu.



 PENUTUP
            Dengan ini dapatlah disimpulkan bahawa institusi masjid bukan sahaja tempat suci untuk menambahkan amal ibadat sama ada yang wajib mahupun sunat malah merupakan tempat untuk mengeratkan hubungan silaturrahim sesama umat Islam.
            Umat Islam diseru agar sama-sama menjaga dan memelihara keharmonian dan kesucian rumah Allah,masjid dengan menjaga kemudahan yang disediakan dengan sebaik mungkin.
Ertinya:
Dari Anas bin Malik r.a. bahawasanya Rasulullah saw. bersabda: "Tidak berlaku (terjadi) hari qiamat sehingga umat ku bermegah-megah (dengan binaan) masjid".
Keterangannya:
Di antara tanda hampirnya hari qiamat, ialah umat Islam berbangga dan bermegah-megah dengan masjid yang mereka bina. Masing-masing negara berbangga dan merasa megah dengan bangunan masjid. Perhatian mereka hanya kepada keindahan masjid sahaja, tidak kepada pengisian masjid dengan ibadat dan solat berjamaah. Banyak masjid-masjid yang indah, besar dan cantik, tetapi yang datang bersembahyang di dalamnya hanya segelintir manusia sahaja.
            Diharapkan agar lebih ramai penduduk kampung yang datang berjemaah dan memakmurkan lagi Masjid Jamek Sungai Duri dengan menghadirkan diri dalam aktiviti yang di anjurkan oleh masjid.  




BIBLIOGRAFI
http://www.mahmoodzuhdi.com/v2/